Categories: News Uncategorized

Anda sudah tahu tentang SOP Bazar 2021?

Pada 16 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, mengumumkan kebenaran pembukaan bazar tahun ini, susulan penurunan kes harian COVID-19.

Sudah tentu ramai teruja dan tidak sabar untuk mengunjungi bazar Ramadan. Siapa sahaja tidak merindui juadah di Bazar Ramadan seperti murtabak, ayam percik, roti john, kuih pelita, popia basah dan banyak lagi.

Walaupun dianjurkan dalam norma baru akibat kes COVID-19 yang meningkat, sambutan pada tahun ini sangat memberansangkan. Namun, ketidakpatuhan terhadap SOP menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak.

Sejak bermula Ramadan, netizen sudah mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah.

Menurut MKN, pengeluaran saman dan penutupan sementara bazar boleh berlaku jika terdapat kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Perkara ini boleh dilihat terjadi ke Bazar Ramadan Tok Adis.

Untuk mengelak perkara ini, mari lihat prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi.

Pada umumnya, bazar Ramadan dibenarkan beroperasi daripada jam 3 petang hingga 8 malam. Manakala bazar Aidilfitri pula akan beroperasi daripada 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Ia juga telah ditetapkan bahawa penganjur Bazar Ramadan hanya akan menjual makanan dan minuman. Manakala, penganjur Bazar Aidilfitri hanya dibenarkan menjual barang kering.

Menurut MKN, antara SOP Bazar yang wajib dipatuhi di bazar Ramadan ialah seperti pemakaian pelitup muka, pengambilan suhu badan, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, penggunaan cecair pembasmi kuman, laluan sehala dan hanya pengunjung 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk.

Etika Pemakaian

  • Pengunjung dan peniaga mesti memakai pelitup muka (face mask) setiap masa
  • Peniaga juga mesti memakai pas khas yang disediakan oleh pihak penganjur, dan apron plastik sekali pakai (bazar Ramadan sahaja)

Etika & Kawalan Pergerakan

  • Pembersih tangan (hand sanitizer) akan disediakan di pintu masuk dan penggunaannya adalah wajib
  • Pengunjung dan peniaga dengan suhu melebihi 37.5°C tidak boleh memasuki bazar
  • Wajib mendaftar masuk setiap gerai menggunakan aplikasi MySejahtera (atau secara manual jika tiada sambungan internet)

*Untuk maklumat terkini tentang SOP Bazar 2021, sila lawati MKN SOP Bazar 2021 atau laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara.

Share
Published by
Amirah

Recent Posts

How to Add a Menu on Your Google My Business Page in Under 10 Minutes

Are you familiar with Google My Business? Optimize your restaurant's google my business page listing by adding a menu to…

3 years ago

How to Design a Menu Easily Using These Online Menu Generators

If you have zero experience in menu design or lack budget for a professional designer, that's no reason to give…

3 years ago

Menu Guide: 7 Easy Menu Design Tips

Whether you own a five-star restaurant or a local street café, your menu should be designed with customers in mind…

3 years ago

The Menu: One of the Most Efficient Restaurant Marketing Tool

When it comes to marketing a restaurant , there are various strategies you may consider. Nowadays, customers increasingly turn to…

3 years ago

Slurp! selected in 50% Matching Grant from SME Digitalization Grant Malaysia

What is SME Digitalization Initiative? Slurp! is pleased to announce that it has been chosen as one of the Selangor…

3 years ago

How to Handle Online Complaints Involving Your Restaurant Staffs

It is unrealistic to expect that you and your staffs can make every single customer happy  and satisfied every day.…

3 years ago