Pada artikel yang lepas, kami telah senaraikan beberapa kelebihan sistem Point-of-Sale. Untuk artikel kali ini, kami akan senaraikan panduan ringkas untuk anda naik taraf restoran melalui Sistem Point-of-Sale.
Panduan ini terbahagi kepada 2 jenis restoran, iaitu
- Restoran Perkhidmatan Penuh (Full Service Restaurant, FSR)
- Restoran Perkhidmatan Cepat (Quick Service Restaurant, QSR)
1. Restoran Perkhidmatan Penuh (Full Service Restaurant, FSR)
Restoran FSR cenderung untuk mempunyai pelbagai mekanisme yang bergerak serentak.
Pekerja mempunyai tugas spesifik masing-masing dan mereka akan di tempatkan di kawasan strategik sekitar ruang makan restoran.
Dalam restoran jenis ini, sistem POS yang diguna perlu selaraskan proses untuk tetamu restoran dan pelayan.
Untuk selaraskan operasi secara menyeluruh, pekerja anda perlu menggunakan teknologi POS yang lengkap.
Sebagai contoh, sekiranya restoran anda besar dan mempunyai ruang makan yang berbeza, lebih baik ada beberapa terminal POS.
Dengan ini, pekerja anda tidak perlulah bergerak jauh untuk masukkan pesanan makanan.
Selain itu, anda juga boleh berikan pekerja anda “Waiter App”. “Waiter App” ini jauh lebih mudah dan menjimatkan masa.
Ini kerana pekerja anda boleh pergi meja ke meja bagi mengambil pesanan makanan tanpa perlu ulang-alik ke terminal POS.
Sekiranya anda mahu menjimatkan kos kertas dan menjamin dapur anda sentiasa sistematik walaupun mendapat pesanan makanan yang tinggi, pesanan makanan perlu dipaparkan menggunakan “Kitchen Display Screen” (KDS).
Sistem KDS ini mampu mengurangkan kesilapan yang biasanya berlaku semasa restoran mendapat jumlah pelanggan yang ramai pada masa-masa tertentu.
Apa yang anda perlu untuk naik taraf restoran
- Minimum 1 POS terminal
- Minimum 1 Kitchen Display Screen
- Bonus: Waiter App
Kelebihan untuk restoran FSR
Restoran FSR menampakkan peningkatan kepada tahap kecekapan restoran dengan menggunakan sistem Point-of-Sale restoran moden.
Waiter App menjimatkan masa mengambil pesanan dan dengan adanya beberapa terminal POS, restoran berjaya mempercepat dan menyelaraskan pesanan makanan.
Secara keseluruhan, kecekapan yang dicapai dengan menggunakan sistem POS moden ini membolehkan restoran anda memberikan servis terbaik dan menjana jualan yang lebih tinggi.
Anda akan mendapat ramai pelanggan gembira yang kemudiannya akan mengesyorkan restoran anda kepada rakan-rakan mereka pula.
2. Restoran Perkhidmatan Cepat (Quick Service Restaurant, QSR)
Restoran jenis QSR ini menumpukan usaha untuk membawa pelanggan masuk dan keluar sepantas yang mungkin. Sistem POS sudah semestinya solusi yang sesuai sekali!
Berbeza dengan Restoran FSR dimana pekerja perlu menggunakan POS beberapa kali untuk sesebuah meja, Restoran QSR pula melakukan proses tersebut dalam satu transaksi sahaja.
Pesanan diambil dan pembayaran di buat dalam masa yang sama.
Untuk memaksimakan kecekapan, Restoran QSR perlu minimum satu atau dua POS terminal.
Sekiranya restoran anda menjadi terlalu sibuk pada masa-masa tertentu, anda boleh pertimbangkan kiosk layan diri.
Kiosk layan diri sudah mula popular digunakan di Malaysia. Contoh seperti McDonalds dan Pizza Hut.
Sebenarnya penggunaan kiosk tablet pintar sudah lama di gunakan di USA seperti restoran Panera, Wendy’s dan Shake Shack. Ia amat menjimatkan masa mengambil pesanan terutama sekali buat pelanggan yang ingin bergegas ke tempat lain.
Source: Panera
Waiter app juga boleh membantu. Pekerja anda boleh mengambil pesanan terus dari pelanggan-pelanggan yang sedang beratur.
Selain dari itu, sistem Kitchen Display System juga adalah idea yang baik untuk staf dapur anda sekiranya makanan akan di masak selepas mendapat pesanan.
Sekiranya makanan telah siap sebelum pesanan di masukkan, seperti Subway, sistem KDS tidak menjadi suatu keperluan yang penting.
Apa yang anda perlu untuk naik taraf restoran
• Minimum: 1 POS terminal
• Optional: 1 Kitchen Display Screen
• Optional: Waiter App
• Optional: Kiosk Layan Diri
Kelebihan untuk restoran QSR
Sistem POS moden membolehkan Restoran QSR untuk memberikan servis dengan pantas dan cekap. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan.
Konklusi
Sistem POS mampu membantu perniagaan restoran untuk lebih maju dan pergi ke tahap yang lebih baik. Sekiranya anda seorang pemilik perniagaan restoran yang ingin meningkatkan lagi tahap servis dan hasil jualan, anda harus pertimbangkan sistem POS moden ini.
Untuk mencuba FREE demo Slurp! POS, iaitu sistem POS yang dibina khas bagi perniagaan F&B, click link #GETSLURP atau isi boring yang ringkas di bawah.